DARJAH KEBESARAN

Pingat    
1 Pingat Mahkota Perlis (PMP) Pingat ini bolehlah dikurniakan kepada sesiapa yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada Negeri Perlis. Pingat ini sesuai dikurniakan kepada Ketua-ketua Jabatan Gred 3, pemimpin-pemimpin masyarakat atau yang setaraf dengannya.
2 Pingat Keberanian Handal (PKH) Pingat ini bolehlah dikurniakan kepada sesiapa dalam Negeri Perlis ini yang telah menunjukkan keberanian handal di dalam sesuatu kejadian yang sangat-sangat membahayakan dirinya. Sesuai dikurniakan kepada anggota Polis, Tentera, Penjara, RELA atau setaraf dengannya.
3 Pingat Pekerti Terpilih (PPT) Pingat ini bolehlah dikurniakan kepada sesiapa yang melakukan di dalam Negeri Perlis ini suatu perbuatan atau beberapa perbuatan pekerti yang terpilih di dalam keadaan yang membahayakan dirinya. Sesuai dikurniakan kepada anggota Polis, Tentera, Penjara, RELA, Bomba, pasukan yang beruniform atau setaraf dengannya.
4 Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Pingat ini bolehlah dikurniakan kepada sesiapa yang telah melakukan jasa kebaktian kepada Negeri Perlis iaitu selain daripada perbuatan keberanian yang handal dan perbuatan itu ialah jasa dan taat setia kepada jawatannya termasuklah bekerja lama dengan menunjukkan kelebihan dan tingkah laku yang boleh diteladani. Sesuai dikurniakan kepada Pegawai Kerajaan Gred 3 hingga Gred 7 (Kumpulan A & B) dan pemimpin- pemimpin masyarakat atau setaraf dengannya.
5 Pingat Jasa Baik (PJB) Pingat ini bolehlah dikurniakan kepada sesiapa yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan taat kepada negeri selain daripada jasa kebaktian kepada negeri. Sesuai dikurniakan kepada Pegawai-pegawai Kerajaan Gred 8 hingga Gred 11 (Kumpulan C & D) atau setaraf dengannya.
6 Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) Pingat ini bolehlah diberikan kepada pegawai-pegawai Kerajaan yang berkhidmat tidak kurang daripada 25 tahun dan mempunyai rekod yang cemerlang semasa ianya berkhidmat dengan Kerajaan.