DARJAH KEBESARAN

Darjah    
1 Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP) Dikurniakan kepada mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi yang berjasa kepada Negeri Perlis. Mereka yang telah menjalankan tugas yang berat dan sukar dengan berjaya dan cemerlang selama satu tempoh yang panjang. Darjah ini sesuai dikurniakan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis atau setaraf dengannya.
2 Darjah Seri Sirajuddin Perlis (SSP) Dikurniakan kepada mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi yang berjasa kepada Negeri Perlis. Mereka yang telah menjalankan tugas yang berat dan sukar dengan berjaya dan cemerlang selama satu tempoh yang panjang.
3 Darjah Ahli Mahkota Perlis (AMP) Dikurniakan kepada mereka yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada Negeri Perlis. Darjah ini sesuai dikurniakan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Pegawai-pegawai Kerajaan Gred 2 atau setaraf dengannya.