Masa      Hari | Tarikh
 
 Login Pengguna

Jenis Sistem
Kata Pengguna
Kata Laluan
Daftar Pengguna Baru
Lupa Kata Laluan

 Pencalonan Online

Borang atas talian bagi pencalonan penerima pingat sedang DIBUKA sekarang dari 30-09-2016 hingga 15-01-2017

Panduan Pencalonan

Kaedah Pencalonan Online
 
 Hubungi Kami

Setiausaha,
Dewan Undangan Negeri
Aras 4, Kompleks Dewan Undangan Negeri
Jalan Persiaran Wawasan
01000 Kangar Perlis

No Tel: 04-973 8993 / 8994
No Fax: 04-977 1655
 
 Hit Pengunjung

Bilangan Pengunjung

Hari Ini: 36
Bulan Ini: 347
Keseluruhan: 58798
 
jQuery UI Accordion - Default functionality
  Halaman Utama PANDUAN PENCALONAN

PANDUAN BAGI MENIMBANGKAN KELAYAKAN CALON-CALON UNTUK KURNIAAN DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT NEGERI PERLIS

PENDAHULUAN
Darjah-darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Perlis biasanya dianugerahkan kepada mereka yang berbakti dan memberi perkhidmatan cemerlang kepada negeri Perlis bersesuaian dengan taraf kedudukan mereka.

KELAYAKAN CALON
Kelayakan seseorang untuk menerima sesuatu Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis adalah dijelaskan secara ringkas seperti di Perenggan-perenggan di bawah ini. Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis yang disenarai dibawah adalah disusun mengikut kekananan:

  Muat Turun Dalam Format PDF

1. Darjah Dato’ Bendahara Seri Jamalullail (DBSJ)

Anugerah ini membawa gelaran Dato’ Seri DiRaja Bendahara Negara.

2. Darjah Seri Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (SSSJ)

Anugerah ini membawa kepada gelaran Dato’ Seri Diraja.

3. Darjah Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (SPSJ)

Dikurniakan kepada penjawat awam dan sektor swasta yang berkhidmat dengan cemerlang kepada negeri Perlis. Anugerah ini membawa kepada gelaran Dato' Seri Setia DiRaja.

4. Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP)

Dikurniakan kepada mereka yang berkhidmat cemerlang kepada negeri Perlis semasa memegang jawatan yang sangat berpengaruh dan tanggungjawab yang tertinggi bagi satu tempoh yang panjang. Merupakan penghormatan luarbiasa terhadap pencapaian yang sangat tinggi. Anugerah ini membawa kepada gelaran Dato’ Seri.

5. Darjah Dato’ Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DSSJ)

Dikurniakan kepada mereka yang berkhidmat cemerlang kepada negeri Perlis. Anugerah ini membawa kepada gelaran Dato’ Paduka.

6. Darjah Dato' Wira Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DWSJ)

Dikurniakan kepada mereka yang berkhidmat cemerlang kepada negeri Perlis. Anugerah ini membawa kepada gelaran Dato' Wira.

7. Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (DPMP)

Dikurniakan kepada mereka yang mempunyai rekod khidmat cemerlang kepada negeri Perlis. Mereka mempunyai pengaruh yang luas di dalam bidang masing-masing dan membawa kebaikan kepada negeri Perlis. Anugerah ini membawa kepada gelaran Dato’.

8. Darjah Dato' Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DSPJ)

Dikurniakan kepada mereka yang berkhidmat cemerlang kepada negeri Perlis. Anugerah ini membawa kepada gelaran Dato'.

9. Darjah Dato' Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ)

Dikurniakan kepada mereka yang mempunyai rekod khidmat cemerlang kepada negeri Perlis. Anugerah ini membawa kepada gelaran Dato’.

10. Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP)

Dikurniakan kepada mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi yang berjasa kepada negeri Perlis. Mereka yang telah menjalankan tugas yang berat dan sukar dengan berjaya dan cemerlang selama satu tempoh masa yang panjang. Darjah ini sesuai dikurniakan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau setaraf dengannya.

11. Darjah Seri Sirajuddin Perlis (SSP)

Dikurniakan kepada mereka yang berjasa dan berkhidmat dengan cemerlang untuk negeri Perlis. Darjah ini sesuai dikurniakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Gred 48 atau setaraf dengannya.

12. Darjah Ahli Mahkota Perlis (AMP)

Dikurniakan kepada mereka yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada negeri Perlis. Darjah ini sesuai dikurniakan kepada Pegawai-pegawai Kerajaan Gred 48 atau setaraf dengannya.

13. Pingat Mahkota Perlis (PMP)

Pingat ini bolehlah dikurniakan kepada sesiapa yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada negeri Perlis. Pingat ini sesuai dikurniakan kepada Pegawai-pegawai Kerajaan Gred 41 hingga 44, Pemimpin-pemimpin Masyarakat atau setaraf dengannya.

14. Pingat Keberanian Handal (PKH)

Pingat ini bolehlah dikurniakan kepada sesiapa di dalam negeri Perlis ini yang telah menunjukkan keberanian handal di dalam sesuatu kejadian yang sangat-sangat membahayakan dirinya. Sesuai dikurniakan kepada anggota Polis, Tentera, Penjara, RELA atau setaraf dengannya.

15. Pingat Pekerti Terpilih (PPT)

Pingat ini bolehlah dikurniakan kepada sesiapa yang melakukan di dalam negeri Perlis ini suatu perbuatan atau beberapa perbuatan pekerti yang terpilih di dalam keadaan yang membahayakan dirinya. Sesuai dikurniakan kepada anggota Polis, Tentera, Penjara, RELA, Bomba, pasukan yang beruniform atau setaraf dengannya.

16. Pingat Jasa Kebaktian (PJK)

Pingat ini bolehlah dikurniakan kepada sesiapa yang telah melakukan jasa kebaktian kepada negeri Perlis iaitu selain daripada perbuatan keberanian yang handal dan perbuatan itu ialah jasa dan taat setia kepada jawatannya termasuklah bekerja lama dengan menunjukkan kelebihan dan tingkah laku yang boleh diteladani. Sesuai dikurniakan kepada Pegawai-pegawai Kerajaan Gred 27 hingga Gred 40 (Kumpulan B) dan Pemimpin-pemimpin Masyarakat atau setaraf dengannya.

17. Pingat Jasa Baik (PJB)

Pingat ini bolehlah dikurniakan kepada sesiapa yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan taat kepada negeri selain daripada jasa kebaktian kepada negeri. Sesuai dikurniakan kepada Pegawai-pegawai Kerajaan Gred 8 hingga Gred 26 (Kumpulan C dan D) atau setaraf dengannya.

18. Pingat Perkhidmatan Lama (PPL)

Pingat ini bolehlah diberikan kepada Pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat tidak kurang daripada 25 tahun dan mempunyai rekod yang cemerlang semasa ianya berkhidmat dengan Kerajaan.

 
Sistem Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran (SISDAR). Semua Hakcipta Adalah Terpelihara® 2017
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Sebarang Pertanyaan Sila Emailkan Kepada sukpls@perlis.gov.my